Luangkan masamu untuk menjadi pendengar setia Kata kata romantis luahan hati sahabatmu yang putus cinta, kerana sesungguhnya dia amat menderita dan jiwanya cukup terseksa dan amat memerlukan seseorang untuk memulihkan semangatnya lantaran merasakan hidupnya sudah tidak bermakna. Akan tiba suatu hari nanti kamu pasti akan mengalami keadaan yang sama dan amat memerlukan seseorang untuk berbicara dan meluahkan perasaanmu sepuas-puasnya.
Bersikap jujurlah kamu terhadap kekasihmu yang menyayangimu sepenuh hati. Jangan khianati cintanya dengan alasan mencari yang lebih sempurna untuk masa depanm. Sekiranya kamu mengkhianatinya, maka kamu tidak layak untuk menikmati manisnya cinta kerana kamu telah menodai sebuah cinta yang suci.
Cinta pertama adalah suci. Ia lahir dari naluri hati yang paling dalam dan jernih serta tidak dinodai oleh nafsu. Ia adalah anugerah dari yang maha pencipta kepada keturunan Adam dan Hawa untuk mengecapi sedikit nikmat dunia. Peliharalah ia apabila kamu menemukannya. Bberbahagialah sesiapa yang berjaya mengekalkannya sampai ke jinjing pelamin.
Wahai gadis… tumpahkanlah airmata sepuas hatimu apabila ditinggalkan kekasihmu andai itu dapat melegakan perasaanmu. Kamu berhak untuk menangis semahumu kerana kamu hanyalah manusia biasa yang punyai perasaan untuk mencinta dan dicintai. Sesungguhnya air mata adalah peneman yang amat dekat bagi seseorang wanita akan menceritakan perasaannya…
Ketahuilah di saat kamu merasakan bahawa hatimu sudah hancur retak seribu dan amat berputus asa untuk meneruskan kehidupan, di sana masih ramai yang amat menyayangimu sepenuh hati meskipun kamu merasakan dunia tidak berlaku adil kepadamu.. Hargailah kasih sayang mereka dan teruskanlah kehidupan demi mereka..
Kadang-kala kita amat membenci seseorang hanya disebabkan oleh satu kesalahan sahaja sehingga kita menganggapnya begitu kejam dan zalim dan kita melupakan semua kebaikannya selama ini... Kenangkanlah kembali semua kebaikannya yang dilakukannya kepada dirii kita... cubalah maafkan kesalahannya walaupun ianya adalah sepahit hampedu... Kata-kata romantis
0 comments:
Posting Komentar